|
Postscript kepada Malam Penyampaian Hadiah eSastera.com 2004 Setelah tamat malam Hescom 2004, penganjur telah membuat refleksi dan membuat keputusan untuk mengeluarkan hadiah tambahan (sijil sahaja, di mana sesuai) kepada yang berikut. Refleksi ini ialah amalan yang biasa dilakukan kepada pertemuan-pertemuan esastera.com sebelum ini, bukannya sesuatu yang kami ada-adakan secara sebarangan. (1) Tiga deklamator terbaik: Dr. Victor Pogadaev, Ahkarim, dan Arisel BA. (2) Peserta paling kerap naik ke pentas
menerima hadiah: Wan Zulazmi, mewakili (3) Hadiah paling istimewa: Dua bakul
buah-buahan dari Jelebu, sumbangan (4) Peserta paling istimewa: George Manos,
datang dari USA dan mendeklamasi 3 buah (5) Peserta paling anggun: Dipinggiran. (6) Peserta paling kuat semangat: Saleha
Ahmad, datang dari Perlis, dalam (7) Peserta paling responsif: HMS Abu Bakar. (8) Peserta berdaftar paling muda: Wan Akmal
Afiq, 11 tahun. Sekian, untuk makluman. Drirwan/ 09.01.2005 |
|
Malam Penyampaian Hadiah eSastera.com 2004
(Laporan dikemaskinikan pada 2.1.2005)
Malam penyampaian
Hadiah e-sastera.com 2004 (HeS.com 2004) telah
diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada mulai jam 8.00
malam, 25 Disember 2004. Majlis itu berbentuk makan malam,
persembahan baca puisi, dan penyampaian hadiah. Kehadiran di
sekitar 70 orang, dengan peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia
dan dari luar negara, iaitu Singapura, Brunei Darussalam, dan USA. Majlis telah
dihoskan oleh Hasimah Harun dan adik Wan Muna Amirah (Innocent One).
Malam HeS.com dirasmikan oleh penulis mapan dan pemenang SEA Write Award 2004, Puan Zurinah Hassan.
Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk menyampaikan anugerah kepada penulis-penulis pilihan berdasarkan mutu karya mereka yang diterbitkan di portal e-sastera.com (www.esastera.com) sepanjang tahun 2003. Majlis dianjurkan oleh syarikat Esastera Enterprise serta dilaksanakan oleh aktivis-aktivis esastera.com.
Majlis dimulakan
dengan ucapan alu-aluan daripada Founder e-sastera.com, iaitu
Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas (penyair Irwan Abu Bakar).
Antara lain, beliau menyatakan bahawa pengurusan esastera.com telah
mengambil berat akan saranan Dr. Anwar Ridhuan, perasmi Hescom 2003,
tentang esastera.com, iaitu "hayatnya mesti dilanjutkan,
wujudnya mesti diperkasa". Beliau mnegaskan sambutan ulang
tahun kedua esatera.com serta pelancaran Hescom 2005 pada awal tahun
ini jelas menunjukkan kejayaan melnjutkan hayatnya.
Ucapan Irwan
diikuti oleh ucapan perasmian oleh Puan Zarinah Hassan. Dalam
ucapannya, Puan Zurinah menegaskan peri pentingnya penulis menjaga
mutu karya walau apapun media tempat menulis. Mengambil contoh
daripada bidang memasak, beliau menegaskan bahawa peralatan baru
tidak dapat menghasilkan produk yang baik sekiranya ramuan-ramuan
yang digunakan adalah yang telah basi.
Majlis makan malam bermula sebaik-baik sahaja Puan Zurinah menamatkan ucapan beliau dan merasmikan majlis.
Selepas 20 minit majlis makan bermula, acara persembahan "Baca Puisi 1" telah diadakan. Lapan orang penyair dari esastera.com telah dijemput untuk mendeklamasi sajak mereka secara bergilir-gilir, seorang demi seorang. Mereka ialah Mohd Dahri Zakaria (Dahrie), Ramy (diwakil oelh sdr Aminhad), Iltizam (ahli dari Singapura), Anasuraya (diwakil), Rudy Bluehikari, HMS Abu Bakar, dan ahli dari USA, Mr. George Manos. Mr. George Manos telah menyampaikan versi Melayu bagi tiga buah puisinya yang telah disiarkan di komuniti "Poets", iaitu "Apakah", "Matlamat Cinta", dan "Malaysia".
Acara penyampaian hadiah bermula dengan penyampaian hadiah sayembara pada talian, iaitu sayembara menulis sajak Puasa dan Raya 2003 (5 hadiah), sayembara menulis sajak Ramadan 2004 (3 hadiah), sayembara menulis puisi pilihanraya (3 hadiah), dan sayembara menulis pantun merdeka (3 hadiah). Setiap hadiah berbentuk wang tunai RM100 dan sijil.
Selepas persembahan, majlis telah menjemput pengadil Hadiah eSastera.com 2004, sdr Dinsman, untuk menyampaikan ucapannya. Dalam ucapannya yang amat berkesan itu, Dinsman telah menyatakan bahawa pengadilan karya seni seperti yang dilakukannya untuk Hescom 2004 ini adalah berbentuk subjektif kerana memanglah begitu sifat penilaian hasil kerja seni. Beliau mengaku yang beliau memilih karya yang sesuai dengan selera beliau. Namun beliau memberikan perhatian utama kepada aspek bahasa dan isi yang terkandung dalam karya. Pada pandangan beliau, karya yang dihasilkan di esastera.com tidak banyak kelainan daripada karya yang dihasilkan di tempat-tempat lain. Beliau mencuba mencari kelainannya tetapi tidak jelas kelihatan. [ Perlu diingat bahawa Dinsman menilai karya-karya itu berdasarkan "hard copy" yang diberikan kepadanya dan beliau tidak berpeluang melihat sajak itu dalam bentuk multimedia asalnya :) --- Penulis. ] Namun Dinsman memerhatikan bahawa genre sajen (sajak jenaka) adalah unik kepada esastera.com dan tidak ada di luar esastera.com, termasuk DBP. Beliau mencadangkan supaya genre ini terus dipromosikan dan mengambil perhatian bahawa genre ini mempunyai agak ramai pengikutnya.
Majlis diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah. Sebelas orang hadirin dari kalangan ahli esastera.com telah menerima hadiah cabutan bertuah berupa novel-novel sumbangan Karangkraf Sdn. Bhd. Kemudiannya diadakan pula lima cabutan bertuah khas apabila dua pemenang pertama menerima sebakul seorang buah-buahan sumbangan Abdullatip (buah-buahan dari kebunnya sendiri di Jelebu) dan tiga pemenang berikutnya setiap satu menerima voucher high-tea untuk dua orang sumbangan Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.
Selepas cabutan bertuah, majlis diteruskan dengan Baca Puisi 3 oleh Drvictor, Drirwan, Zurinah Hassan, dan Dinsman.
Acara itu diikuti majlis penyampaian anugerah-anugerah. Penyampaian anugerah dimulai dengan Anugerah Sajak Multimedia dan Interaktif (Asmi). Kemudiannya disusuli oleh penyampaian Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (Ahmas), Anugerah Novelis Alam Siber (Anas), Anugerah Cereka Alam Siber (Acas), Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (Asjas), dan Anugerah Penyair Alam Siber (Apas).
Seramai empat orang ahli telah memenangi hadiah utama.
Hadiah utama bagi Apas 2004 yang membawa gelaran “Penyair Alam Siber 2004” telah disandang oleh penulis muda Nik Mohd Iznan Tuan Yaacob (atau Nimoiz T.Y). Beliau menggondol hadiah wang tunai RM2004.00 dan sijil. Nimoiz T.Y juga memenangi hadiah utama bernilai RM1000 untuk Anas 2004. Guru muda yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan ini telah tidak dapat hadir di majlis tersebut kerana baru ditugaskan mengajar di Sarawak.
Hadiah utama bagi Asjas 2004 telah disandang oleh Administrator komuniti "Sajak Jenaka", Arisel BA. Beliau juga menggondol hadiah-hadiah utama wang tunai RM1000 untuk Acas dan JY2000.00 untuk Ahmas.
Hadiah-hadiah utama bagi Asmi dimenangi oleh Airmas s_z (administrator "Poets"), RM600 dan Dipinggiran, RM400.
Semua hadiah telah disampaikan oleh Puan Zurinah Hassan.
Majlis tamat pada kira-kira jam 10.45 malam selepas Dr. Irwan menyampaikan cendermata kepada perasmi, pengadil, dan penyanyi jemputan, sdr Omar Sarif dari Kolej Kediaman Kedua, Universiti Malaya. Selepas itu, para peserta mengambil kesempatan untuk beramah mesra serta bergambar ramai. Kemudiannya masing-masing pulang dengan penuh kenangan manis.
Senarai lengkap hadiah serta nama pemenang yang berpadanan adalah seperti dalam Lampiran kepada laporan ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Lampiran
KEPUTUSAN HADIAH eSASTERA.COM 2004
Di sini disenaraikan nama-mana pemenang hadiah-hadiah* yang telah disampaikan di malam Hes.com 2004:
1. Anugerah Penyair Alam Siber 2004 (Apas 2004)
Penyandang Gelaran "Penyair
Alam Siber 2004"
Nimoiz T.Y.
Tempat Kedua
Abdullah Jones
Tempat Ketiga
Anbakri
7
Hadiah Sagu Hati
1. Dahrie
5. Raja Rajeswari
Penaja utama: United Akrab Sdn Bhd.
Hadiah Wang Tunai RM1000.00 dan Sijil* Arisel BA
Tempat Kedua
Alaieffa
Tempat Ketiga
A hkarim
3. Anugerah Cereka Alam Siber 2004 (Acas 2004)
Hadiah Wang Tunai RM1000.00 dan Sijil* Arisel BA
Tempat Kedua
Ghafirah Idris (RM100)
Tempat Ketiga
Fahd Razy)
4. Anugerah Novelis Alam Siber 2004 (Anas 2004)
Hadiah Wang Tunai RM1000.00 dan Sijil* Nimoiz T.Y
Tempat Kedua
Muhammad Zakir
Tempat Ketiga
Abdullatip
5. Anugerah Haiku Melayu Alam Siber 2004 (Ahmas 2004)
Hadiah Wang Tunai RM1000.00, cenderamata dari Jepun, dan Sijil* Arisel BA
Tempat Kedua
Rudy Bluehikari
Tempat Ketiga
Abdullatip
2 Hadiah Sagu
Hati Penggiran
6. Anugerah Sajak Multimedia/Interaktif 2004 (Asmi 2004)
Hadiah Wang Tunai RM600.00
dan Sijil*
Hadiah Wang Tunai
RM400.00
dan Sijil*
7. Sayembara "Pada Talian" 2003/04 Hadiah Wang Tunai RM100.00 dan Sijil*
Di sepanjang tahun 2003 (selepas Hescom 2003) dan 2004, esastera.com telah mengadakan empat sayembara khas untuk sambutan tertentu. Pemenang-pemenangnya adalah seperti yang berikut:
(a) Sayembara Menulis Sajak Puasa & Raya 2003
1. Airmas ("Selamat
Hari Raya Abah") 4. Ummu Hani ("Kampung Ramadan") 5. Mosna ("Memasuki Sekolah Ramadan")
(b) Sayembara Menulis Sajak Ramadan 2004
1. Raja Rajeswari ("Bulan
Barakah")
(c) Sayembara Menulis Puisi Pilihan Raya 2004
1. AbdullahJones ("Kronologi
Pengundi")
(d) Sayembara Menulis Pantun Merdeka
1. Ramy --------------------------------------------- *Hadiah hanya diberi kepada mereka yang menghadiri majlis penyampaian hadiah pada 25.12.2004. |
Laman ini telah dikemaskinikan pada: 24.12.2004 11:50 pm To see the ENGLISH VERSION, please click HERE
|
Hadiah eSastera.com
2004 (HeScom 2004) |
|
| 20.12.2004 kemaskini 24.12.04 |
TEMPAT DUDUK HESCOM 2004 Jumlah Peserta Yang Pasti = 66 Meja 1 [VIP] 01. Drirwan 02. Hasimah 03. Zurinah 04. Dinsman 05. Sutung 06. Dr. Victor 07. Alaieffa 08. Pangeran Ahmad 09. George Manos 10. Dahrie
Meja 2 01. Airmas 02. Airmas 2 03. Abdullatip04. Abdullatip 2 05. T. Nazirah 06. Shakirin 07. Anbakri 08. Anasuraya 09. Saleha 10. Nilamsuri Meja 3 01. Ramy 02. Ramy 2 03. Rajarajes 04. Rajarajes 2 05. Ylang-Ylang 06. Ylang-Ylang 2 07. Ylang-Ylang 3 08. Ylang-Ylang 4 09. Iltizam 10. Iltizam 2
Meja 4 01. Damahum 02. Damahum 2 03. Dipinggiran 04. Dipinggiran 2 05. Izwansah (ep) 06. Rudy 07. Rudy 2 08. Sri Diah 09. Sri Diah 2 10. x Meja 5 01. Ummu Hani 02. Juwairiah 03. Omar Sarif 04. Anipe 05. Ghafirah 06. Hudasoid 07. Ida Munira 08. Innocet_One 09. x 10. x
Meja 6 01. Wan Afiq 02. Zulazmi 03. Wan Dinie 04. Zurinah 2 05. Zurinah 3 06. Zurinah 4 07. Wan Hamidah 08. Wan Azie 09. Adib 10. Adib 2
Meja 7 01. Ahkarim 02. Ahkarim 2 03. Muhammad Zakir 04. Arisl BA 05. Glateh 06. HMS Abu Bakar 07. HMS Abu Bakar 2 08. HMS Abu Bakar 3 09. Elmi Zulkarnain
|
||
| 16.12.2004 |
PERINGATAN KEPADA PENDEKLAMASI (1) Juruacara akan memanggil setiap kumpulan pendeklamasi secara serentak. Setiap orang dalam kumpulan itu hendaklah tampil mendeklamasi apabila tiba gilirannya tanpa dipanggil sekali lagi secara individu. (2) Pendeklamasi hendaklah terus mendeklamasi sajaknya apabila tampil ke hadapan. Mereka tidak dibenarkan "membebel" sebelum menyampaikan puisi. Satu dua ayat dibenarkan. (3) Setiap pendeklamasi akan mendeklamasikan sebuah sajak sahaja (3 hingga 4 minit).
|
||
| 15.12.2004 |
Atur Cara (Tentatif)
8.00 - Alu-aluan juruacara |
||
| 15.12.04 Kemaskini 22.12.04 |
PERSEMBAHAN Senarai Peserta Yang Akan Membuat Persembahan pada Malam HESCOM 2004 1. Drirwan 2. Hasimah 3. Dahrie 4. Abdullatip 5. Elmi Zulkarnain 6. Airmas 7. George Manos 8. Ahkarim 9. Rudy Bluehikari 10. Saleha 11. Nilamsuri 12. Omar Sarif 13. Iltizam 14. Ramy 15. Rajarajes 16. Muhammad Zakir 17. Anbakri 18. Anasuraya 19. Dr. Victor 20. Arisel BA 21. HMS Abu Bakar 22. Sutung Umar 23. Dinsman
24. Zurinah Hassan |
||
| 6.12.2004 Kemaskini 18.12.04 |
Senarai Peserta Yang Akan Hadir Malam HESCOM 2004 (kemaskini pada 14.12.2004) Perasmi : Zurinah Hassan [Ö] sudah bayar/komplimentari [*] dalam proses membayar [@] Dari luar negara. Akan bayar di pintu masuk Tarikh tutup untuk mengesahkan kehadiran dan membuat bayaran ialah 10.12.2004.
Semua peserta akhir layak memenangi sebarang anugerah. Namun hadiah hanya dikeluarkan kepada pemenang yang
hadir di majlis penyampaian anugerah. |
||
| HESCOM 2004, 25.12.2004, jam 8.00 malam. Di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya | |||
|
!!! TERKINI 2.12.06 |
Peserta diminta membuat bayaran kehadiran RM45.00
selewat-lewatnya pada 10.12.2004 ke akaun Esastera Enterprise di
Bank Bumiputera Commerce, No. Akaun:
1421-0008623-05-4. Sila beritahu kami setelah bayaran dibuat. Bawa bukti pembayaran pada malam tersebut dan serahkan di meja pendaftaran untuk mendapatkan tiket masuk. |
||
|
!!! LAGI TERKINI 29.11.04
|
HESCOM 2004:
MASA TEMPAT Bayaran: RM45.00 seorang (Makan malam) Sila daftar nama dengan Dr Irwan
019-2680086; |
||
|
!!! TERKINI 25.11.04 |
PENTING: Malam penyampaian anugerah HADIAH eSASTERA.COM 2004 akan
diadakan pada Sabtu 25.12.2004, jam 8.00 malam. Oleh sebab akan
diadakan di sebuah hotel, bayaran akan dikenakan kepada ahli.
Bayaran juga dikenakan jika ahli membawa tamu atau pengiring. Sila
sahkan kehadiran anda dengan segera sama ada melalui emel atau
melalui papan nota di Komuniti. MAJLIS akan hanya diadakan sekiranya
ada 50 orang (termasuk tetamu pengiring) yg akan hadir. Salam. Semua peserta akhir layak memenangi sebarang anugerah. Namun hadiah hanya dikeluarkan kepada pemenang yang hadir di majlis penyampaian anugerah. |
Pendahuluan
Hadiah esastera.com (Hescom) pertama kali diadakan pada tahun 2003 berdasarkan karya yang diterbitkan di majalah elektronik sastera "esastera.com" sepanjang tahun 2002. Hescom 2003 itu telah menawarkan dua anugerah utama, iaitu Anugerah Penyair Alam Siber (Hadiah utama RM2003.00) dan Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (Hadiah utama RM1000). Hescom 2003 ditaja oleh Tan Sri Dato' Dr. Chan Ah Chye dari Talam Corporation.
A : Hadiah eSastera.com 2004 (Hescom 2004) -- Butir-butir Augerah
Hadiah eSastera.com 2004 (Hescom 2004) adalah untuk menghargai karya yang diterbitkan di majalah esastera.com sepanjang tahun 2003. Hadiah ini mengandungi 7 kategori yang berikut:
1. Anugerah Penyair Alam Siber 2004 (Apas 2004)
2. Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber 2004 (Asjas 2004)
3. Anugerah Cerpenis Alam Siber 2004 (Acas 2004) - Ditukar
kepada Anugerah Cereka (Cerpen/Skrip Drama) Alam Siber
4. Anugerah Novelis Alam Siber 2004 (Anas 2004)
5. Anugerah Sajak Multimedia/Interaktif Alam Siber 2004 (Asmi
2004**)
6. Anugerah Haiku Melayu Alam Siber 2004 (Ahmas 2004)
7. Anugerah Haiku Jenaka Alam Siber 2004 (Ahjas 2004)
(Dibatalkan)
Pemilihan Pemenang
Pemenang bagi setiap kategori akan dipilih berasaskan tiga (3) karya pilihannya
yang disiarkan di majalah e-sastera sepanjang tahun 2003.
Hadiah
1. Untuk Apas 2004: hadiah utama ialah wang RM2004.00, cenderamata, dan sijil.
Hadiah lain akan ditentukan kemudian.
2. Untuk Asjas 2004, Acas 2004, Anas 2004, dan Asmi 2004: hadiah utama ialah wang RM1000.00, cenderamata, dan sijil. Hadiah lain akan ditentukan kemudian.
3. Untuk Ahmas 2004 dan Ahjas 2004: hadiah utama ialah wang Yen2004, cenderamata, dan sijil. Hadiah ke-2: wang Yen1000, cenderamata, dan sijil. Hadiah Ke-3: wang Yen500, cenderamata, dan sijil. 5 Hadiah Sagu Hati, setiap satu: Yen100, cenderamata, dan sijil. (Penganjur sedang mencari tajaan hadiah sampingan untuk mengiringi hadiah wang Yen.)
Syarat Penting
Penulis perlu menyiarkan biodata lengkap masing-masing untuk melayakkan karya
mereka dipertimbangkan. Hanya penulis yang masih aktif di esastera.com
pada masa penilian dilakukan yang layak dipertimbangkan untuk menerima mana-mana
anugerah.
|
**
ANUGERAH SAJAK
MULTIMEDIA/INTERAKTIF (ASMI) 2004
1.0 Pendahuluan 2.0 Objektif 3.0 Syarat 4.0 Hadiah 5.0 Kelayakan 6.0 Pengadilan ASMI 2004: Dilancarkan pada 8.5.2003. Dianjur oleh Komuniti "Penyair" Alam Siber. WAB/8.5.2003 |
|
B : Hadiah eSastera.com 2004 (HeScom 2004) -- Status Penilaian |
||||||
| 1.1.04 | (1) Semua karya sedang dicetak dan dikompilasi. (2) Penajaan sedang dicari. | |||||
| 10.1.04 | Anugerah Haiku Jenaka Alam Siber 2004 (Ahjas 2004) dibatalkan kerana bilangan haiku jenaka (haijen) yang disiarkan adalah terlalu kecil. Semua haiku (termasuk "haijen") akan dinilai sekali gus untuk Anugerah Haiku Melayu Alam Siber 2004 (Ahmas 2004). | |||||
| 29.4.04 | ACAS 2004 ditukar daripada anugerah CERPEN ALAM SIBER kepada anugerah CEREKA ALAM SIBER (dengan DRAMA diadili bersama). | |||||
| 15.8.2004 | Dicadangkan majlis diadakan pada 20.12.2004 sempena ulang tahun ke-2 majalah esastera.com. | |||||
| 17.11.2004 |
Proses pengadilan
bermula. |
|||||
|
18.11.2004
|
Di sini
disenaraikan "username" bagi 39 orang penulis yang layak menyertai
Hescom 2004 dalam pelbagai kategori berasaskan (a) keahlian yang aktif,
(b) mengemukakan biodata yang lengkap, dan (c) menyiarkan sekurang-kurangnya
tiga buah karya pada tahun 2003. Peserta diingatkan supaya JANGAN mengedit karya tahun 2003 kerana perbuatan itu akan mengeluarkan karya yang berkenaan daripada folder Tahun 2003 (folder pertandingan). Tajuk karya-karya yang dipilih untuk mewakili peserta ke peringkat akhir akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. |
|||||
| APAS 2004 | ASJAS 2004 | ACAS 2004 | ANAS 2004 | ASMI 2004 | AHMAS 2004 | |
| 1. Dahrie (22) 2. Damahum (17) 3. FahdRazy (15) 4. Airmas_sz (44) 5. Uthayasb (4) 6. Zarez_alhusaini (13) 7. Drvictor (22) 8. Ghafirahidris (42) 9. Little_Tulip (11) 10. Anbakri (38) 11. -Saleha_Ahmad (29) 12. Lutfiishak (15) 13. Alaieffa (29) 14. Abdullatip (33) 15. Rudy_Bluehikari (15) 16. Zainallasim (25) 17. Nimoizty (44) 18. Mankie38 (4) 19. Arisel (86) 20. Glateh (5) 21. Tanven (16) 22. Scorpio26 (62) 23. Ida-munira (40) 24. Dipinggiran (38) 25. Mshukrinasiar (55) 26. MuhammadZakir (30) 27. Sarennande (5) 28. ErwinKhairul (27) 29. Elmizulkarnain (12) 30. Easy21 (6) 31. Miyaahbah (11) 32. Ahkarim (46) 33. -Nilamsuri- (45) 34. Ana_suraya (3) 35. AbdullahJones (55) 36. Kak_hani (13) 37. Ylang_ylang (13) |
1. Airmas_sz
(10) 2. Anbakri (17) 3. Alaieffa (20) 4. Abdullatip (41) 5. Rudy_Bluehikari (7) 6. Zainallasim (11) 7. Arisel (11) 8. Nimoizty (44) 9. MuhammadZakir (45) 10. Mshukrinasiar (5) 11. Ahkarim (6) |
1.
Abdullatip(11) 2. Dahrie(3) 3. Nimoizty(5) 4. Airmas_sz(4) 5. Ghafirahidris(16) 6. Arisel(12) 7. FahdRazy(5) 8. AmizaKhusyri(4) 9. RazaliendunBer(4) 10. Saleha_Ahmad(3) 11. Glateh(3) 12. Ida-munira(5) |
1.
Abdullatip(8) 2. Nimoizty(7) 3. MuhammadZaki(3) |
Semua peserta yang tersenarai dalam senarai APAS, ASJAS, dan AHMAS. | 1.
Rudy_Bluehikari 2. Dipinggiran 3. Abdullatip 4. Airmas_sz 5. Arisel |
|
|
1123 |
217 |
83 |
18 |
|||
|
Angka dalam kurungan (...) menunjukkan
bilangan karya yang disiarkan di sepanjang tahun 2003.
Senarai nama
peserta
|
||||||
| 20.11.2004 |
Disenaraikan judul tiga karya yang dipilih untuk mewakili peserta berkenaan. Karya-karya ini telah dipilih untuk menggambarkan kekuatan penulis daripada pelbagai segi dalam genre yang berkenaan. Penulis dibenarkan memohon untuk menukar SEBUAH karya bagi setiap genre dengan mana-mana karya lain yang juga telah disiarkan di esastera.com dalam tahun 2003. (Sila hubungi kami di e-mel: esastera@esastera.com selewat-lewatnya pada 25.11.2004). APAS 2004: 1. Dahrie (Di Kubur
Reny; Aeat al-Akhras; Hujan Di Kuala Lumpur). ASJAS 2004 1. Airmas_sz
(Jalan-jalan Di Kuala Lumpur; Mabuk Kepayang; Untungnya Kami, Tuan). ACAS 2004 1. Abdullatip (Perjuangannya Belum
Seleai; Selagi Nadi Masih Berdenyut; Tangisan Di Bumi Anbiyak). ANAS 2004 1. Abdullatip (Gurauan 1 April; Juara;
Nostalgia Zalee masuk Jawi). AHMAS 2004 1. Rudy_Bluehikari (Tasik Chini; Jerangau
II; Cahaya Bulan Dan Kejora). SAYEMBARA PADA TALIAN 1. Sayembara Menulis Puisi Ramadan 27 Okt - 26 Nov 2003 (5 hadiah) * Ditukar atas permintaan penulis.
MAKLUMAN: Semua peserta akhir layak memenangi sebarang anugerah. Namun
hadiah hanya dikeluarkan kepada pemenang yang hadir di majlis
penyampaian anugerah. |
|||||