Kedai eSastera
Khamis, 9 September 2010

> ..Buku-buku eSastera Enterprise

Laman utama
...A. Samad Said
...Al-QURAN
...Komik-M
...Novel Islami dan Kumpulan Cerpen Islami
...NOVEL POPULAR
...Novel Syok Novel Teen
...TERBARU !!
...Terlaris Bulan Ini!
..Buku Agama
..BUKU-BUKU DARI INDONESIA
..Buku-buku eSastera Enterprise
..Indie Books/Fiksyen Pop
..Motivasi Rumahtangga/Cinta/Kerjaya/Hidup
.Blook
.Buku-buku Solat Sains
.Pantun
.Puisi
.Siri Koleksi Rencana Terpilih Siasah
.Siri Novel Berpetualang Ke Aceh
Bimbingan Menulis
Bisnes dan Pengurusan
Buku Memoir
Buku Politik
Buku Prasekolah /Sek. Rendah/Menengah/Universiti
Buku Terpakai
Domain
Drama
e-Buku
English Books
Hartanah
Kamus
Kecantikan
Lukisan
Majalah
Produk Antik
Produk eSastera
Maklumat terkini
Promosi
Papan nota


Kaunter pembayaran
Cara pembayaran
Hubungi kami
Telefon
019-2550599 (Puan Ilya)

E-mel
kedai.eSastera@gmail.com

Kembali ke Esastera.com

Kedai Buku Online: Ujana Ilmu

RahsiaPublisiti.com

 

Esprit de Corps

"Kegilaan membuatkan kami semakin lapar. Semakin dahaga. Kami akan terus membidik realiti..."

Nimoiz T.Y.





Untuk melihat imej lebih besar, sila klik DI SINI.

Kumpulan Cerpen

Esprit de Corps

kata pengantar oleh S.M. Zakir

Beli produk ini   

Pengarang Nimoiz T.Y.

ISBN 978-967-5043-08-6

Penerbit eSastera Enterprise

2008, Edisi Pertama, 266 muka surat

Harga RM 22.00 (harga pos percuma)

Kandungan

Sejumlah 25 buah cerpen dan cerpendek ini mengajukan kepelbagaian gaya dan cerita.


 


TESTIMONIAL


 


Kumpulan cerpen setebal 290 halaman terbitan e-sastera berharga RM22 senaskhah ini pasti mendapatkan tumpuan pembaca generasi muda yang senang dengan karya gila-gila kerana sebahagian besar tema sememangnya berkisar kepada perkara ‘mainan’ kelompok ini.


 


 


 


- Ruangan Sastera, Berita Harian


 


Jumaat, 17 April 2009


 


 


 


Dalam cerpen-cerpennya, Nimoiz menggunakan bahasa  penceritaan yang amat enak dibaca, tidak kira sama ada cerpen itu sendiri bernada serius, sinis, lucu dan sebagainya. Nimoiz sentiasa mampu mencari kata-kata dan ungkapan yang sesuai dengan cerita, semampu beliau mengungkapkan emosi dalam puisi-puisinya.


 


- Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas


 


Pengasas eSastera.com


 


 


 




 



 






Sejumlah 25 buah cerpen dan cerpendek ini mengajukan kepelbagaian gaya dan cerita. Dari kesungguhan anak muda ini, khalayak dihidangkan dengan segala kejutan dan  daerah yang mungkin asing. Tapi inilah perutusan yang mahu dibahagi dan kita sedang  menikmati  gaya baru dan mencabar intelektual dekad mutakhir.




 




- Dr. Mawar Shafei




Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 




 




Cerpen-cerpen Nimoiz T.Y ditukik dari sudut penceritaan yang kelihatan aneh, terpencil dan kadang-kadang mengejutkan. Sering terselit elemen segar atau hiburan yang membuat cerpen-cerpennya enak dibaca. Kesan daripada meneliti dan menikmatinya adalah gegaran minda dan debaran jiwa yang timbul daripada unsur unsur sejagat yang walaupun terasa tentatif, namun tetap indah, mengesankan dan bermakna.







-Isa Kamari




Penerima S.E.A. Write Award 2006, Singapura 




 





 


 


 


Cerpen dalam kumpulan Esprit de Corps merangkul tema yang berat, antarabangsa, dengan teknik naratif yang sesuai dengan logos dan aura yang ingin ditimbulkan. Kepekaan pengarang dengan isu antarabangsa dan isu bahasa Melayu dan orang Melayu juga sejarah Melayu membuktikan keupayaan pengarang muda ini mengupas hal-hal sensitif yang dekat dengan jiwa dan aspirasinya. Keterlibatannya dengan persoalan negara dan tanah air menunjukkan keseriusan berfikir.


 


 


 


Dr. Amida  Abdulhamid @ Anis


 


Pengkaji Sastera, Universiti Malaya


 


 


 


Kebanyakan cerpen Nimoiz T.Y yang terkandung dalam kumpulan cerpen ini cenderung mewujudkan bingkai pengalaman yang berlapis-lapis dalam menyatakan kehadiran atau kewujudannya yang berbeza daripada penulis-penulis muda yang lain. Identiti kepengarangan Nimoiz yang tersendiri ini selain daripada wujud oleh bakat semulajadi beliau, juga dibina melalui usaha-usaha pembacaan, pemikiran dan pemerhatian beliau. 


 


- S.M. Zakir


 


Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional (PENA)


 


 


 


Nimoiz berkeupayaan dalam mengetengahkan pelbagai tema dan persoalan yang merupakan ciri-ciri istimewa dalam kumpulan ini. Di samping menggunakan bahasa yang sederhana dan tinggi dengan ungkapan daerah yang memperlihatkan kemampuan yang baik. Mempunyai stail yang beragam dan berjaya menghasilkan karya-karya yang segar dan menarik.


 


 


 


- Zarina Baharuddin


 


Peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2006