| Khamis, 9 September 2010 | ||
![]() |
> ...Novel Islami dan Kumpulan Cerpen Islami |
|
|
|
PEMENANG PENA AWARD NOVEL TERPUJI NASIONAL 2005
Sebuah buku hanya bernilai kepada kita apabila kita membacanya."
Itulah yang aku rasa apabila membaca novel Indonesia, Ayat-ayat Cinta. Pada mulanya, aku tidak percaya bahawa sebuah novel cinta remaja boleh membuatkan orang tidak mahu meletakkannya, tetapi mulai dua hari lepas, aku mula membacanya dan mahu terus-menerus membacanya.
Pada mulanya, aku tidak percaya bahawa sebuah novel yang menggunakan penceritaan orang pertama ("aku") boleh membuatkan orang menangis teresak-esak tetapi pagi tadi, air mataku melimpah keluar pada peristiwa tertentu dalam salah satu babnya.
Apakah yang membuatkan Ayat-ayat Cinta berkesan? Aku rasa sebab utamanya ialah kerana novel itu, sama ada disedari atau tidak oleh penulisnya, telah ditulis berkonsepkan sebuah puisi, iaitu (a) pemilihan sudut yang paling menarik dan (b) penceritaan yang padat/terfokus (tidak ada subplot atau watak tambahan yang tidak relevan dengan cerita utama).
Mungkin engkau berasa bahawa aku "ketinggalan kereta api" kerana Ayat-ayat Cinta telah lama berada di pasaran dan engkau telahpun membacanya lama dulu. Tak apa. Aku hanya mahu menyatakan bahawa aku tidak menghargai novel itu sehingga aku mula membacanya... dan terus tidak mahu berhenti (walaupun aku mempunyai dua buah tesis PhD kejuruteraan yang perlu dibaca dan dinilai segera).
Tambahan: aku juga belajar banyak ilmu agama daripada novel itu, bukan ilmu yang ditempelkan secara artificial atau dikhutbahkan tetapi ilmu yang diterapkan secara padu ke dalam cerita. |
Novel Ayat-Ayat Cinta
Pengarang Habiburrahman El Shirazy ISBN 983-2672-36-8 Penerbit Tak berkenaan Harga RM 23.00 (harga pos RM 5.00)
Kandungan Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-Ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar. |