Kedai eSastera
Jumaat, 3 September 2010

> .Puisi

Laman utama
...A. Samad Said
...Al-QURAN
...Komik-M
...Novel Islami dan Kumpulan Cerpen Islami
...NOVEL POPULAR
...Novel Syok Novel Teen
...TERBARU !!
...Terlaris Bulan Ini!
..Buku Agama
..BUKU-BUKU DARI INDONESIA
..Buku-buku eSastera Enterprise
..Indie Books/Fiksyen Pop
..Motivasi Rumahtangga/Cinta/Kerjaya/Hidup
.Blook
.Buku-buku Solat Sains
.Pantun
.Puisi
.Siri Koleksi Rencana Terpilih Siasah
.Siri Novel Berpetualang Ke Aceh
Bimbingan Menulis
Bisnes dan Pengurusan
Buku Memoir
Buku Politik
Buku Prasekolah /Sek. Rendah/Menengah/Universiti
Buku Terpakai
Domain
Drama
e-Buku
English Books
Hartanah
Kamus
Kecantikan
Lukisan
Majalah
Produk Antik
Produk eSastera
Maklumat terkini
Promosi
Papan nota


Kaunter pembayaran
Cara pembayaran
Hubungi kami
Telefon
019-2550599 (Puan Ilya)

E-mel
kedai.eSastera@gmail.com

Kembali ke Esastera.com

Kedai Buku Online: Ujana Ilmu

RahsiaPublisiti.com

 

Jalan Baru

Jalan Baru ialah koleksi puisi oleh penulis remaja Nimoiz T.Y, 23 tahun. Judul buku ini diasaskan kepada salah sebuah puisi di dalamnya yang telah memenangkan penulisnya anugerah Penyair Alam Siber 2003 dalam Hadiah eSastera.com pada tahun itu. Nimoiz T.Y juga merupakan pemenang anugerah Penyair Alam Siber 2004.



Puisi di dalam buku ini didahului oleh Kata Pengantar yang ditulis oleh penyair Irwan Abu Bakar selaku Penasihat kepada penerbit Esastera Enterprise. Irwan berpendapat bahawa buku ini ialah satu permulaan ke arah karier yang gemilang untuk penulisnya dalam arena kesusasteraan Melayu baru.



Prakata buku ini ditulis oleh sarjana Rusia, Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev. Pogadaev menyatakan bahawa melalui buku ini, Nimoiz menampilkan diri sebagai sasterawan yang cukup matang dengan visi dan intonasi sendiri. Menurutnya, Nimoiz ialah sasterawan yang tidak puas dengan apa yang telah dicapainya dan mencari jalan baru. Tambahnya lagi, kemunculan buku ini mengetengahkan Nimoiz sebagai penyair Malaysia berbakat baru.



Kumpulan ini merupakan koleksi 100 buah puisi pilihan daripada lebih 500 buah sajak yang telah dihasilkan oleh Nimoiz T.Y sejak berumur 17 tahun hingga kini, termasuk sajak patriotisme dan sajak jenaka. Antara sajak-sajak ini ada yang pernah dimuatkan dalam antologi bersama, pernah tersiar di pelbagai penerbitan media cetak arus perdana, dan di alam siber. Ada yang pernah memenangi hadiah di peringkat nasional, misalnya sajak "PC, IT, dan Penyair Siber" yang telah menang hadiah dalam Peraduan Puisi Sains KaryaNet 2004 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.



Buku setebal 160 halaman ini dijual dengan harga RM12.00 dan boleh dibeli dengan menghubungi penerbit di emel esastera@esastera.com atau telefon 019-2680086. Butir-butir lanjut boleh diperoleh dengan melawat laman web Kedai Esastera di www.esastera.com/kedai.

Kumpulan Sajak

Jalan Baru

Edisi Khas Penerima Anugerah Penyair Alam Siber 2003 dan 2004

Beli produk ini   

Pengarang Nimoiz T.Y.

ISBN 983-41715-3-9

Penerbit eSastera Enterprise

2005, Edisi Pertama, 160 muka surat

Harga RM 12.00 (harga pos percuma)

Kandungan

100 buah puisi Nimoiz T.Y, termasuk puisi "Jalan Baru" yang memenangkan penulisnya Anugerah Penyair Alam Siber 2003.