|
Setelah membaca puisi itu, ada kejutan yang berlaku pada diri saya
menyebabkan saya terfikir-fikir tentangnya selama beberapa hari. Hal
ini seperti pengalaman estetik yang pernah dialami ketika membaca
beberapa sajak Muhammad Haji Salleh, W. S. Rendra, T. Alias Taib,
Baha Zain. Istimewanya kali ini kejutan itu datang daripada satu nama
yang belum pernah saya temui, Irwan Abu Bakar: Zurinah Hassan,
Penerima SEA Award 2004 (Dewan Sastera, November 2004). |
|
Pada
lembaran puisi Irwan... kata-katanya disusun indah; kadang-kadang serius dan
bersahaja,
dan kadang-kadang pula terselit nada sinis dan
jenaka : T. Alias Taib
. |
|
Sajak-sajak Irwan... amat menarik kerana dia menggunakan metafora bagi
melindungi maksud sebenarnya.
Irwan adalah penyajak berbakat dan berpotensi : Razali Endun. |
|
Irwan Abu Bakar ... penyair tajam dan sensitif : Dr. Victor Pogadaev (Sarjana Rusia). |
.BACA RESENSI BUKU INI OLEH ZURINAH HASSAN: klik di sini
| Irwan Abu
Bakar atau Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas ialah profesor di Jabatan
Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. Beliau
berasal dari Segamat, Johor. Kepakaran profesionalnya adalah dalam disiplin
biomekanik dan mekanik tisu. Dalam bidang sastera, Irwan menulis sajak, cerpen, novel berrsama, dan laporan/artikel. Beliau juga kerap terbabit dengan deklamasi puisi. Karyanya diterbitkan pelbagai percetakan termasuk majalah Dewan Sastera serta akhbar Berita Minggu dan Mingguan Malaysia. Kini Irwan menerbitkan tiga buah e-majalah sastera (majalah sastera dalam Internet), e-sastera (www.esastera.com), Bulanan E-sastera (BESt) di www.majalahBESt.com dan sasteraSMS di www.sasteraSMS.com. Beliau juga mengendalikan weblog "e-sasterawan" yang merupakan weblog berbahasa Melayu pertama (di www.esasterawan.com). Untuk butir-butir lanjut tentang kegiatan sastera Irwan, sila ke www.esastera.com/irwan dan www.esasterwan.com.
|
Sampel Karya dalam
Semelar
KUSUNTING MAWAR Apabila kusunting mawar CINTA PAGI
MINGGU Terima kasih,
sayang kerana
merenungku dengan sabar cinta sewaktu aku
menghirup perlahan segelas teh
Ahad dan menyingkap
perlahan helaian akhbar
pagi cuti. Terima kasih,
sayang atas sabar
cintamu kerana pada
hari lain semuanya ini terpaksa
kulakukan sambil berlari. Kuala
Lumpur, 29.06.1998.
|