SAYEMBARA (ARKIB)

2005

 
   
   
   
   
 
SAYEMBARA (2005)

di

eSastera.com

6

SAYEMBARA MEMBANGUNKAN LAMAN WEB
E-SASTERAWAN

MENANGI HADIAH RM300.00

Sayembara ini adalah untuk menggalakkan pembangunan laman web e-sasterawan oleh ahli-ahli esastera.com. (Laman web ini boleh dilayari di www.esasterawan.com).

Terma dan Syarat

1. Jika belum memilikinya, dapatkan laman web e-sasterawan.com dengan menghubungi esastera@gmail.com.

2. Bangunkan laman web anda dengan selengkapnya (aktifkan semua elemennya, iaitu Maklumat Peribadi, Weblog, Karya, Gambar, Maklumat Sisi, dan Papan Nota).

3. Laman web yang lengkap dan dianggap terbaik oleh panel hakim (rahsia) akan menerima hadiah wang tunai RM200.  Pemenang tempat Ke-2 akan menerima wang tunai RM100 dan tempat Ke-3 akan menerima wang tunai RM50*.

Cepat... pengadilan akan dilakukan sebaik-baik sebelum majlis Hescom 2005 (dijadualkan pada penghujung Disember 2005).

*Dipinda pada 29.09.2005 atas permintaan ramai. (Asalnya hanya satu hadiah RM300.00 untuk laman web terbaik).

Notis dikeluarkan oleh:
Irwan Abu Bakar b/p Esastera Enterprise.
Bertarikh: 20.09.2005
 

5

SAYEMBARA KARYA KEMERDEKAAN KE-48 di
sastera-SMS.com

Sms-kan karya anda yang bertemakan kemerdekaan Malaysia ke -48 ke e-majalah sasteraSMS. Menangi hadiah wang tunai RM48.00.

Karya kreatif dengan tema yang bertepatan yang diterima dan disiarkan di e-majalah sastera-SMS sehingga 31.08.2005 akan dinilai.  Sumbangan terbaik (pada pendapat hakim) akan menerima hadiah wang tunai RM48.00.

Tarikh akhir menghantar karya: 31 Ogos 2005.
 

4

SAYEMBARA MENULIS PUISI KEMERDEKAAN
E-sastera.com

Mula: 12.01 am 31.08.05 (malam ini).
Tutup: 11.59pm 31.08.05 (malam esok).

Sila terbitkan puisi-puisi anda di ruangan Sajak, komuniti "Penyair". Tiga hadiah: RM200, RM150, RM50.

(Maaf, keputusan tidak dapat diumumkan kerana karya hilang dilanda siber-tsunami: database kami mengalami kerosakan)

3

 

SAYEMBARA MENGULAS PUISI (Pertama Di Dunia)
Tarikh Mula: 24.04.2005
Tarikh Tutup: 31.05.2005 (dilanjutkan ke 31.08.05)
Hadiah: Pertama RM150; Kedua RM100; Ketiga RM50*.
Butiran: Sila ke Komuniti Penyair (www.esastera.com/penyair)

KEPUTUSAN: KLIK DI SINI

2

SAYEMBARA MENULIS PUISI MAULIDUR RASUL
Tarikh Mula: Tidak diumumkan.
Tarikh Tutup: 30.04.2005
Hadiah: Pertama RM100; Kedua RM60; Ketiga RM40*.
Butiran: Sila ke Komuniti Penyair (www.esastera.com/penyair)

*Hadiah disumbangkan oleh seorang ahli prihatin yang tidak mahu namanya disiarkan.

1

SAYEMBARA MENULIS PUISI TSUNAMI
Tarikh Mula: Tidak diumumkan.
Tarikh Tutup: 28.02.2005
Hadiah: Tiga hadiah setiap satu RM100*
Butiran: Sila ke Komuniti Penyair (www.esastera.com/penyair)

*Hadiah disumbangkan oleh seorang ahli prihatin yang tidak mahu namanya disiarkan:

Assalamualaikum, drirwan
Saya terlalu sedih tentang kejadian Tsunami. Dan saya lihat banyak
kawan-kawan kita yg terlalu sensitif hingga terhasil banyak puisi tentang kejadian itu yg menangisi dengan penuh jiwa. Saya pulak masih tak dapat menukil sebaris pun kerana hati saya terkaku dan beku .

Bolehkah saya menebus perasaan saya itu dgn menyumbang sebanyak RM 300 sebagai hadiah kpd puisi tsunami terbaik yg dipapar di esastera. Kita tidak perlu umum.  Kita tunggu saja hasil,  mungkin sehingga akhir Feb dan sdr boleh pilih dan umum yg terbaik untuk di beri hadiah. Itu pun kalau setuju.